Saturday, 17 March 2012

kongsi resepi..

salam...semua,hari ni off day so Mieemy nk share resepi utk mkn hari ni...memandangkan Mieemy nk diet (heheheee) so Mieemy masak simple ja..rewepi ni mieemy ambik dr majalah rasa..sedap jg..try la..senang sgt resepi org malas..gn bhn2 segera hehehe

KERABU SOSEJ AYAMAS..

Bahan A:
150gm sosej ayamas (dicelur dan dipotong bulat)

Bhn B :
100gm sayur taugeh(dicelur dan ditoskan)
100gm sayur kobis(dicelur dan dihiris)
50gm Soo Hoon (digoreng)
50gm kerisik kelapa
garam dan gula secukupnya..

Bhan C;
50gm Bunga Kantan,(dihiris halus)
1 bj bawang besar(dihiris halus)
4 bj cili padi(dihiris halus)

cara2:
1.Campur semua bhn A, B dan c gaul dan sebatikan
2.Angkat dan hidangkan...

senangkan..tp sorry x leh add foto ada masalah ckit..nnt2 Mieemy try add lg k...
selamat mencuba...

Friday, 16 March 2012

Assalamualaikum..

Mieemy nk share petikan ni dengan kengkawan semua..baca tau rugi klu xbaca..manfaat buat kita semua..
:: JANGAN... ::

~ JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana ...berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.

~ JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

~ JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna

~ JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

~ JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

~ JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

~ JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

~ JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

~ JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

~ JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

~ JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

~ JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

~ JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

~ JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

~ JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

~ JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

ALLAH lebih tahu. "Wallahu'alam.."